Saturday, 21 July 2012

Zikir itu mudah





FirmanAllah swt 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)


 Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. 42. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. 43. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (surah  Al-Ahzab 41-43)



Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: " Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."


  "Tidaklah duduk berzikir kepada Allah satu kaum melainkan mereka dikerumuni oleh para malaikat, diliputi dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah swt menyebut mereka di hadapan para malaikat yang berasa di sisiNya"

(Hadith riwayat Imam  Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain)


 "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui satu kalimah yang tiada seseorangpun yang mengucapkannya dengan hati yang ikhlas kemudian dia mati dalam keadaam sedemikian itu melainkan haramlah ke atasnya neraka. Kalimah itu ialah LAILLAH HAILALLAH"

(Hadith riwayat  Imam Hakim)



 "Sekiranya seseorang yang di sisinya terdapat yang banyak lalu dia membahagikan wang tersebut (pada jalan Allah) dan seorang lagi sedang sibuk berzikir maka yang berzikir itu lebih afdal."

( Hadith Riwayat Imam Thabrani)


  "Engkau tidak akan mendapatkan daripadaku. Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali sebelum engkau hendak tidur

(Hadis riwayat Imam  Muslim)

No comments:

Post a Comment